TUGASAN INDIVIDU - (NORSHAZLIN)





USAHAWAN PILIHAN 


Dato' Aliff Syukri Kamarzaman 
 
Pengarah Urusan DHerbs Holding (M) Sdn Bhd 

Alamat : No 2A-1, Jalan Pekaka 8 1/D, PJU 5 Prestij kota Damansara 47810, Petaling Jaya Selangor 

Tel : 011- 999 0606 Faks : 03-6144 6767 

E-mel : infdeherbshealthy@yahoo.com 

Laman Web : http://www.deherbs.com.my 



Latar Belakang Kehidupan dan Pendidikan 

 Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage. Pertubuhan awal Syarikat D'Herbs Holdings (M) (dahulu D'Herbs Healthy Marketing) ditubuhkan pada September 2010 dimana kami hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini Kami mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat. Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. 

Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke seluruh dunia. Menggunakan tagline ‘Terlajak Laris’ sebagai salah satu strategi pemasaran, beliau memang boleh dianggap benar-benar berjaya. Tagline yang mudah dan ringkas itu seakan-akan menjadi satu fenomena yang kini meniti di bibir segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia. Siapakah gerangan pencetus fenomena itu? Beliau ialah jutawan muda, Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman. Anak ketiga kepada pengasas Sendayu Tinggi itu mengakui menerajui perniagaan yang didominasi wanita bukan satu perjalanan mudah. Masalah dari segi modal dan kesukaran mencari kepercayaan daripada orang lain kadangkala melemahkan semangat beliau. Namun, mengingatkan asal-usul dan kesusahan yang dihadapi sejak kecil, menjadikan beliau untuk terus kuat berniaga. 

Kesusahan itu menjadikan beliau mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengalaman itu beliau jadikan didikan untuk menerajui syarikatnya kini. Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Melihatkan di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. 

Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Habis zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal. Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau serius berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha dan kesungguhan paling penting. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor. Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. 

Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia. Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. 

Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja. Namun kini, syarikat itu sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 15 orang pekerja serta telah menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. Menggunakan selebriti terkenal seperti Bienda dan Watie Elite sebagai jurucakap produknya, menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan juga Brunei. Istimewanya lagi mengenai produk beliau adalah bahan-bahannya 100 peratus berasaskan herba dan juga murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran. 

Produk D’ Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu, dan pusat jualan D’ Herbs sendiri. Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mempunyai misi yang jelas dalam hidupnya. Menjadikan empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras, beliau berharap dapat mengembangkan jenama D’ Herbs sebagai satu jenama global. Di samping itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang bagi memberi lebih pilihan kepada para pengguna. Perkembangan Tahun 2012-2014 Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana kami telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan kami telah mengembangkan perniagaan kami dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .

Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju. Kami juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia. D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan kami juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan. Sumber 

Rujukan: http://www.deherbs.com.my/ http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-jutawan-produk-terlajak-laris.html



CONTOH PELAN PERNIAGAAN MAKANAN RINGAN 

1.0 PENDAHULUAN

Rancangan Perniagaan ini di majukan adalah bertujuan untuk memohon bantuan pembiayaan dari pihak MARA bagi pembelian mesin pengeluaran snek ‘Prawn Fingers’ berskala besar dan pembiayaan modal operasi.

Pusat pengeluaran bertempat di: 18-G Jln UP ½, Ukay Perdana, 68000 Ampang Selangor.

Perjanjian sewa telah dibuat dengan pemilik kedai dan pihak syarikat bersetuju untuk masuk ke premis baru pada 1 Mac 2008. Sebelum ini syarikat beroperasi di Jalan Air Madu, Setapak Kuala Lumpur. Salinan perjanjian sewa dilampirkan di bahagian lampiran.

Kos projek adalah berjumlah RM 167,000. Ia meliputi kos pembelian mesin sebanyak RM81,500, dan modal operasi sebanyak RM 68,500. Pengusaha telah pun mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 17,000 untuk kos pra-operasi projek. Pembiayaan sebanyak RM 150,000 diperlukan dari pihak MARA untuk merealisasikan projek ini.

Mesin memproses ‘Prawn Fingers’ tersebut meliputi dari awal proses iaitu dari proses bancuhan tepung sehinggalah ke proses pembungkusan. Ianya akan mengeluarkan barang siap dengan purata pengeluaran sebanyak 1 tan sehari.

Pembelian mesin ini amat perlu untuk mencapai pengeluaran yang efektif. Sasaran pengeluaran adalah sebanyak 1 tan sehari. Pengusaha hanya dapat mengeluarkan produk 100 kg sehari jika menggunakan proses manual biasa. Sekiranya mesin ini digunakan, purata pengeluaran 100 kg sejam dapat dihasilkan.

Permintaan untuk produk ‘Prawn Fingers’ ini amatlah tinggi sehinggakan Snek Ria Food Industries tidak dapat memenuhi permintaan memandangkan proses pengeluaran sedia ada dijalankan secara manual.

2.0 LATAR BELAKANG  PERNIAGAAN

Snek Ria Food Industries telah ditubuhkan pada tahun 6 Februari 2006. Aktiviti utama syarikat syarikat ini ialah pengeluaran snek tradisional melayu dengan skala pengeluaran di tahap sederhana iaitu 100 kg sehari. Produk utama syarikat adalah ‘Prawn Fingers’ iaitu sejenis kuih tradisional masyarakat melayu biasanya di kenali sebagai kuih gunting. Syarikat mempunyai pasaran yang stabil dan seringkali tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan berikutan pengeluaran yang amat terhad.

Syarikat adalah milikan tunggal dimiliki oleh Cik Asmah Laili binti Abd Rahman. Walaupun syarikat ini baru ditubuhkan, namun kemahiran untuk mengeluarkan produk ini datangnya dari pengusaha sendiri yang sebelum ini menjalankan perniagaan dari rumah selama tujuh tahun.

Maklumat Am

Nama Syarikat                         : SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
Jenis Milikan                           : Milikan Tunggal
Tarikh Didaftarkan                 : 06 Februari 2006
Tarikh Mula Operasi              : 15 Januari 2006
No. Pendaftaran Syarikat     : 001597147-M
Alamat Pejabat                        : 90 Jalan 82/26, Taman Sri Rampai 53300 Setapak, Kuala Lumpur
No. Telefon                               : 03 4142 8052
Alamat Kilang                         : 18-G Jln UP ½, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor.
Jenis Industri                          : Makanan Ringan
Jenis Produk                           : Snek ‘Prawn Fingers’


2.1 LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama Pemilik                           : Asmah Laili Binti Abdul Rahman
No. K/P Baru                             : 670612-06-5458  
Tarikh Lahir                              : 12 Jun 1967
Bangsa                                        : Melayu  
Jantina                                       : Perempuan
Taraf Perkahwinan                  : Ibu tunggal
Warganegara                             : Malaysia
Taraf Pendidikan                      : Sekolah Menengah
Agama                                         : Islam
Pengalaman Kerja                    : Pengusaha Kedai Makan - 5 thn, Pengusaha Makanan Ringan - 7thn
Pekerjaan Sekarang                 : Usahawan Snek Makanan Ringan
Kursus Yang Dihadiri              : Kursus Asas Keusahawanan – MARA
Kemahiran/Kebolehan            : Pengurusan Operasi dan Pemasaran
No Telefon Bimbit                     : 017 316 4397
Jawatan Dalam Syarikat         : Pengurus Operasi

Sumber Rujukan    
Nama                                            : Rodhiah Abdul Kudus
Pekerjaan                                     : Akauntan
Alamat                                          : No.13A-4, Kg. Klang Gate, K.L
No. Telefon                                   : 012 660 9067

3.0 PELAN TEKNIKAL / OPERASI

Profil Produk

Snek Ria Food Industries mempunyai beberapa produk snek iaitu

i)        Snek Prawn Fingers (Produk Utama)

ii)       Snek Tiram Manis

iii)      Snek Muruku Kuetiaw

iv)       Snek Ubi Pedas Manis

v)        Snek Ubi Black Peper

vi)       Snek Ubi BBQ

vii)      Snek Ubi Keledek Ungu

viii)     Snek Ubi Bulat Masin

ix)       Snek Bawang

x)        Snek Pisang Lemak Masin

Keluaran utama syarikat Snek Ria Food Industries adalah ‘Prawn Fingers’ atau lebih dikenali di kalangan masyarakat melayu iaitu kuih gunting. Sepanjang penglibatan pengusaha dalam pengeluaran Prawn Fingers selama 7 tahun, produk ini telah mengalami proses evolusi dimana ianya memenuhi selera pelanggan iaitu tidak berminyak, rangup, tiada bahan pengawet serta rasanya yang sedap.

Permintaan untuk produk Prawn Fingers ini amatlah tinggi sehinggakan Snek Ria Food Industries tidak dapat memenuhi permintaan memandangkan ianya di jalankan secara manual. Dari segi pembungkusan produk, ianya dibungkus mengikut berat iaitu 5kg sebungkus untuk pasaran borong, 1kg sebungkus untuk pasaran runcit. Setiap pembungkusan dilekatkan label Snek Ria Food Industries.

3.1 PREMIS PENGELUARAN

Lokasi pengeluaran snek pada sebelum ini terletak di Jalan Air Madu, Setapak Kuala Kumpur. Keluasannya adalah 20x40 kaki persegi. Premis  ini 100% kegunaannya untuk memproses snek makanan ringan. Premis ini secara amnya tidak cukup ruang untuk memasang mesin pemprosesan lengkap ‘Prawn Fingers’.

Oleh sebab itu pihak syarikat mengambil inisiatif mencari premis baru yang luas untuk memasang mesin berkenaan. Ianya terletak di terletak di 18-G Jln UP ½, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor. Perjanjian sewa telah dibuat dan pihak syarikat akan mula menyewa bermula 1 Mac 2008 ini. Dengan keluasan tapak premis iaitu 20x80 kaki persegi, ianya cukup sesuai untuk pemasangan mesin tersebut.

Premis tersebut disewa dengan kadar RM 1,900 sebulan. Kedudukan premis yang strategik iaitu dekat dengan tempat-tempat pengedaran syarikat, begitu menjimatkan dari segi kos penghantaran produk di sekitar Lembah Kelang khususnya.

3.2 PELAN LOKASI

-->

-->

-->


-->



3.3  SUSUN ATUR PREMIS
 
-->











3.4  GAMBAR PREMIS





















3.5 Mesin/Kenderaan/Peralatan Penting Sedia  Ada

-->
Jenis Dan Bilangan
Keupayaan Sebenar
% Kegunaan Sekarang
Harga Belian (RM)
Pembiaya

Mesin


100kg/hari


100%


4,000


Sendiri
Mixer
Roller & Cutter (7mm)
100kg/hari
100%
7,000
Sendiri
Roller
100kg/hari
100%
5,500
Sendiri
Industrial Blender
100kg/hari
100%
2,000
Sendiri
Kenderaan


Van
40,000
Bank

3.6 MESIN YANG AKAN DIBELI
-->
Jenis
Keupayaan Sebenar
Harga Sebenar (RM)
Harga (RM)
Pembekal
Mesin
1 line production ‘Prawn Fingers’

1 tan/hari

81,500

81,500

Zul Design Autotronic

Zul Design Autotronic dimiliki oleh pereka terkenal negara Zulkifli Hj Haron yang seringkali mengharumkan nama negara dengan ciptaan yang inovatif. Latihan pengendalian mesin diberikan oleh pihak pembekal. Jika mesin mengalami kerosakan, pihak Zul Design Autotronic sendiri akan datang ke premis untuk memberi bantuan teknikal. Dengan rekabentuk yang mudah, mesin ini mudah diselenggara dan barang-barang ganti mudah didapati di semua kedai. Setiap proses ditunjangi dengan motor yang berlainan. Ini bagi mengelak kos pembaikan yang tinggi. Jika sekiranya salah satu motor rosak, ianya hanya perlu diganti dan ianya mudah didapati di kedai-kedai alat ganti di seluruh negara.Memandangkan mesin ini di buat oleh Zul Design Autotronic, ianya murah jika di bandingkan dengan harga pasaran. Matlamat Zul Design Autotronic yang ingin membantu pengusaha-pengusaha bumiputera, tidak meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama.

4.0  KAPASITI DAN PENGELUARAN

Kapasiti sekarang pengusaha hanya dapat mengeluarkan produk sebanyak 100 kg sehari. Kapasiti pengeluaran untuk mesin baru pula dijangka dapat mengeluarkan 100 kg dalam masa satu jam. Kesimpulannya secara purata, dalam masa sehari dengan penggunaan mesin baru, produk dapat dikeluarkan sebanyak 1 tan sehari. Sememangnya Snek Ria Food Industries ingin mencapai pengeluaran 1 tan sehari. Syarikat yakin dengan keadaan pasaran yang begitu menggalakkan. 


4.1 PROSES PENGELUARAN

Carta Aliran Pengeluaran ‘Prawn Fingers’

 4.2 KAWALAN MUTU 
Setiap kali proses pengeluaran dilakukan, pengusaha memastikan kebersihan mesin. Mesin akan dibasuh selepas setiap kali habis proses pengeluaran untuk hari tersebut. Memandangkan resipi ini tidak mengunakan bahan pengawet untuk memanjangkan jangka hayat produk, pengusaha menggunakan kaedah vakum iaitu penyedutan udara keluar daripada plastik pembungkusan. Plastik pembungkusan dari jenis O.P.P yang mempunyai kualiti terbaik untuk menjamin ketahanan produk dan tidak menghilangkan aroma Prawn Fingers tersebut. Bahan-bahan terbuang seperti minyak masak yang telah di gunapakai, ianya tidak akan dibuang terus ke dalam longkang. Snek Ria Food Industries telah memasang alat untuk memerangkap minyak untuk menjamin kebersihan premis pengeluaran dan disekitarnya.

5.0 PELAN PEMASARAN 
Strategi pemasaran SNEK RIA FOOD INDUSTRIES adalah mengkaji dan peka terhadap segala keperluan pemborong-pemborong di sekitar Lembah Kelang. Dalam pada masa yang sama, syarikat turut memasarkan sendiri produk di sekitar 10 kilometer dari kawasan pengeluaran iaitu di sekitar pasar-pasar malam. Pasaran SNEK RIA FOOD INDUSTRIES terbahagi kepada 2 pasaran. Ianya meliputi pasaran runcit dan borong. Pengguna utama produk ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pendekatan yang diambil adalah seperti: 
  • a. Jualan Runcit - Menjual produk secara runcit di pasar-pasar malam di sekitar Kuala Lumpur. Setiap hari di jual di 2 buah tapak pasar malam. Jadi dalam seminggu pihak syarikat menjual di 14 tempat yang berasingan. 
  •  b. Jualan Borong - Menjual secara borong di kedai-kedai sekitar Chow Kit. Pihak syarikat sebelum ini telah mendapat tempat untuk membekal produk ‘Prawn Fingers’ di Mydin, Jalan Masjid India. Tapi ianya telah dihentikan memandangkan pihak syarikat tidak dapat membekalkannya secara konsisten memandangkan pengeluaran yang terhad. Dengan adanya mesin baru ini, pengeluaran yang konsisten dapat dikeluarkan dan boleh mendapat tempat di Mydin. 
  •  c. Jualan Ejen - Penjualan dilakukan melalui ejen-ejen yang dilantik dengan memberi komisen pada setiap jualan. 
Pada masa lalu, pihak syarikat berkeupayaan mengeluarkan sebanyak 10 tan produk prawn fingers pada setiap musim perayaan hari raya puasa, bagi memenuhi permintaan pelanggan. Semua ini dikeluarkan dengan proses manual yang memenatkan. Dengan adanya mesin ini proses pengeluaran akan dapat dikeluarkan sebanyak lapan kali ganda. Disamping itu pihak pengurusan syarikat akan memastikan semua kakitangan memberi komitmen sepenuhnya dalam mencapai visi dan misi syarikat. Pihak syarikat akan memberi keutamaan kepada sikap dan keselesaan pekerja pemprosesan supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi dalam menjalankan tugas. Strategi promosi produk, di setiap premis pasar malam, satu dulang sampel produk akan dibuka untuk pengguna mencuba dahulu sebelum membelinya. Ini akan mengukuhkan lagi kepercayaan pelanggan bahawa produk yang dihasilkan adalah amat bermutu.

5.1 SENARAI PELANGGAN SEDIA ADA DAN AKAN DATANG


-->
Nama & Alamat Pelanggan
Keperluan Setahun (kuantiti)
Bekalan Oleh Pemohon (kuantiti)
Tempoh Pasaran
Nilai Pasarn (RM)


1.     Heng Keng (K.B)

2.     Sykt. Matahari Pagi

3.     Kop. Kedai Buku (U.M)

4.     Ani Biskut

5.     M.H.P Ent.
6.     Mydin (akan datang)


8 tan

8 tan

5 tan

5 tan

8 tan
240 tan


5 tan

5 tan

5 tan

5 tan

5 tan
5 tan

Setiap tahun Setiap tahun Setiap tahun Setiap tahun Setiap tahun Setiap tahun


52,000

52,000

32,500

39,000

52,000
1,560,000
Jumlah
275 tan
30 tan

1,787,500

-->*K.B Kedai Borong  U.M Universiti Malaya
Secara amnya jualan dijalankan secara tunai bagi pelanggan runcit, manakala bagi pelanggan borong dasar kredit secara puratanya 2 minggu. 


5.2 RANCANGAN ORGANISASI

VISI - SNEK RIA FOOD INDUSTRIES menetapkan visi dan misi iaitu: ‘Menjadi pembekal snek ‘Prawn Fingers’ yang terbesar dan terkenal di kawasan Lembah Kelang’.

MISI ‘Memproses snek mengikut kehendak dan selera pengguna’

5.3 ORGANISASI SYARIKAT

Syarikat diterajui oleh seorang pengurus besar dan 2 pegawai dengan dibantu seramai 4 kakitangan. Carta organisasi seperti di Rajah 1.












5.4 NAMA DAN LATAR BELAKANG KAKITANGAN UTAMA SYARIKAT
Nama              : Berahim
Umur               : 36 tahun
Kelulusan        : SPM
 Jawatan Dalam Syarikat : Pegawai Pemasaran

Nama               : Mohd Hazil Izzuan Bin Md Rasib
Umur               : 26 tahun
Kelulusan        : Diploma Pemasaran UiTM
Pengalaman Kerja : Kedai Runcit – 2 tahun Esse Management Services – 1 tahun
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus Pemasaran

5.6 PENYATA AKAUN TERKINI 










6.0 PERINCIAN ALIRAN KEWANGAN 3 TAHUN

Unjuran Jualan Bulanan 3 Tahun

-->












6.1 PERBELANJAAN

Perbelanjaan Modal

1. Pelbagai Deposit :






2. Pembelian/Perbelanjaan Aset :







 3. 







 Kos Barang Dijual















Perbelanjaan Perkilangan Bulanan









Perbelanjaan Pengurusan Bulanan










Perbelanjaan Pengurusan Tahunan 








Anggaran jangka hayat aset tetap 







Anggaran kadar peningkatan tahunan modal kerja 






Anggaran nilai stok barang siap dan bahan mentah akhir tahun 













Anggaran peningkatan modal kerja 






Cadangan Pembayaran Balik Pinjaman 



























7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan faktor-faktor yang telah dinyatakan dalam rancangan perniagaan ini, dapat dirumuskan bahawa perniagaan pemprosesan makan ringan ‘Prawn Fingers’ mampu memberi pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang. Keuntungan syarikat dapat dilihat meningkat secara dinamik dari masa ke semasa. Pihak SNEK RIA FOOD INDUSTRIES amat berkeyakinan penuh pihak MARA dapat meluluskan permohonan pembiayaan kewangan berjumlah RM 150,000 bagi menjayakan perniagaan ini.

Sumber :  http://jutawan-kini.blogspot.my/2011/10/20-kertas-kerja-rancangan-perniagaan.html




BRAIN PROFILING









Popular Posts