LATAR BELAKANG
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah agensi yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia. PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti
PNS juga berperanan di dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais. Salah satu objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke luar negara. PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia. Berpusat di Menara PNS, Bangsar South City,
PNS juga mempunyai lima pejabat koridor iaitu Pejabat PNS Wilayah Timur, Pejabat PNS Wilayah Utara, Pejabat PNS Wilayah Selatan, Pejabat PNS Wilayah Sabah, dan Pejabat PNS Wilayah Sarawak yang bersedia menjalankan tanggungjawab bagi melahirkan lebih ramai francaisor dan francaisi ke tahap antarabangsa.
VISI
Menjadi peneraju industri francais negara melalui penyediaan pakej francais yang menyeluruh.
MISI
Membangunkan usahawan francais bertaraf dunia dengan menawarkan produk yang komprehensif dan perkhidmatan yang bersepadu.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. PELABURAN EKUITI
Skim Francais
Skim ini memenuhi keperluan perniagaan berasaskan francais (tempatan dan luar negara) yang mempunyai model francais yang terbukti (sama ada tempatan atau luar negara) bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangannya.
Kriteria Syarikat
- Sasaran Tren pertumbuhan dan potensi yang tinggi
- Berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) sebagai Francaisor / Pemberi FrancaisiInduk / Pemberi Francais kepada Francaisor Luar Negara
- Minimum dua (2) tahun berturut-turut Keuntungan Selepas Cukai (PAT) dengan PAT terakhir mencatatkan sekurang-kurangnyaRM500,000
- Dana pemegang saham minimum sebanyak RM1 juta
Skim Pra-IPO
Objektif
Skim ini memasarkan berpotensi untuk disenaraikan dan/atau memerlukan modal tambahan bagi menyokong pengembangan perniagaannya.
Kriteria Syarikat
- Tren pertumbuhan dan potensi yang tinggi
- Potensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad dalam masa (1) tahun
- Pelantikan Penasihat Penyenaraian
Struktur Pelaburan
Skim Mezanin
Skim ini mensasarkan syarikat yang mempunyai model perniagaan yang terbukti dengan potensi pertumbuhan bagi menyokong tujuan pengembangan perniagaannya.
Kriteria Syarikat
- Sasaran Tren pertumbuhan dan potensi yang tinggi
- Keuntungan Selepas Cukai (PAT) untuk dua (2) tahun terakhir (teraudit) + PAT tahun semasa (ramalan) sekurang-kurangnya RM1 juta
- Dana pemegang saham minimum sebanyak RM2 juta
Struktur Pelaburan
PROGRAM FRANCAISOR
1. SKIM PRA-FRANCAIS
Objektif
Menyediakan bantuan kewangan kepada bakal francaisor dan francaisi induk
Kriteria Syarikat
- Syarikat Sendirian Berhad
- Mencatat keuntungan dan mempunyai dana pemegang saham positif di dalam laporan kewangan terakhir yang telah diaudit
- 51% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera
- Mencapai tahap minima dalam laporan “Franchise Readiness Audit” Laporan dari perunding yang berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF), Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Persatuan Francais Malaysia (MFA)]
- Mempunyai sekurang-kurangnya (1) outlet yang telah beroperasi selama (1) tahun
- Perniagaan mesti mematuhi garis panduan Syariah
2. SKIM PEMBIAYAAN FRANCAIS
Objektif
- Menyediakan bantuan kewangan kepada francaisor/francaisi induk untuk mengembangkan perniagaan
- Memberi galakan dan memudahkan lebih ramai francaisor mengembangkan perniagaan ke tahap antarabangsa
- Membantu francaisor/francaisi induk dalam mengukuhkan keupayaan untuk menggalakkan lebih banyak francaisi mengembangkan perniagaan
- Memiliki status Syarikat Sendirian Berhad Berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)
- Berdaftar dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA)
- Syarikat mencatat keuntungan dan dana pemegang saham yang positif untuk akaun terkini yang telah diaudit Perniagaan mesti mematuhi garis panduan Syariah
3. DANA BANTUAN PEMBANGUNAN FRANCAIS (DBPF)
Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) adalah insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya berdaftar dengan Pendaftar Francais KPDNKK sebagai perniagaan francais layak memohon geran dalam bentuk bayaran balik ke atas kos yang dibelanjakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM 100,000.00
SYARAT-SYARAT KELULUSAN
- Hendaklah memohon menggunakan borang yang ditetapkan iaitu Borang BPF3 Tuntutan ke atas DBPF
- Mestilah tidak melebihi 2 tahun dari tarikh mendapat lesen francais.
- Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais (PPF), KPDNKK.
- Bantuan hanyalah bagi `business format franchise’
- Syarikat telah melantik sekurang-kurangnya lima (5) francaisi Bumiputera Setiap syarikat hanya layak mendapat bantuan bagi satu produk sahaja dan jika mendapat bantuan bagi produk yang berbeza maka pengusaha perlu menubuhkan syarikat yang berlainan
KELAYAKAN TUNTUTAN
Perundingan
NOTA :
- Bagi kategori Pewujudan Francaisi, setiap francaisor yang memohon DBPF perlu melantik sekurang-kurangnya 5 francaisi Bumiputera.
- Francaisor perlu melantik lebih dari 5 francaisi Bumiputera untuk menuntut baki 40% daripada jumlah keseluruhan iaitu RM 10,000 bagi setiap tambahan 1 francaisi Bumiputera yang dilantik tertakluk kepada had yang ditetapkan.
Tanpa Perundingan
4. PEMBANGUNAN PRODUK FRANCAIS TEMPATAN (PPFT)
OBJEKTIF PROGRAM
Membantu usahawan Bumiputera tempatan yang mempunyai perniagaan atau produk tempatan yang berupaya untuk dikembangkan melalui sistem francais. Perunding francais akan dilantik olek Kerajaan untuk membimbing usahawan membangunkan sistem perniagaan francais. Kos bagi perkhidmatan perunding tersebut akan dibiayai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
KRITERIA KELAYAKAN MEMASUKI PPFT
- Syarikat Bumiputera bertaraf Sendirian Berhad Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun
- Mempunyai akaun beraudit sekurang-kurangnya bagi 2 tahun terkini
- Mempunyai rekod keuntungan yang baik
- Mempunyai outlet yang boleh dijadikan prototaip
- Mempunyai sistem asas bagi operasi perniagaan
- Mempunyai sistem POS (point of sale) dan sistem perakaunan yang teratur Syarikat dan Pengarah tidak mempunyai sebarang tindakan undang-undang Syarikat bersedia untuk mengembangkan perniagaan melalui francais
PROSES PERMOHONAN PPFT
- Mendapatkan borang permohonan dari PNS
- Syarikat menyediakan profil syarikat dan penyata kewangan
- Menghantar permohonan kepada PNS PNS membuat lawatan ke outlet
- Syarikat membentangkan pelan perniagaan kepada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Produk Francais (JTPP)
- PNS membentangkan cadangan perlantikan perunding Franchise Readiness Audit (FRA) & Due Diligence (DD) kepada Jawatankuasa Induk Pembangunan Produk Francais ( JIPP) Bentang ke Jawatankuasa Induk Pembangunan Produk Francais (JIPP) untuk pelantikan perunding pembangunan pakej francais
FASA-FASA PEMBANGUNAN
- Penyediaan kertas cadangan untuk francaiskan perniagaan
- Penyediaan konsep francais
- Penyelidikan prototaip outlet
- Pembangunan pakej francais
- Pendaftaran sebagai francaisor
- Pewujudan francais
1. SKIM FRANCAIS EKSEKUTIF
Objektif
Menggalakkan lebih ramai Bumiputera yang berkhidmat dalam sektor awam dan swasta melibatkan diri dalam perniagaan francais Tumpuan akan diberikan kepada mereka yang berhasrat untuk berhenti kerja melalui skim pemberhentian sukarela (VSS) atau bersara awal
Kriteria Syarikat
- Berumur 25 tahun ke atas
- Keutamaan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima Diploma Francaisor/Francaisi Induk berdaftar dengan Pendaftar Francais 100% ekuiti milik Bumiputera
- Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk Usahawan menjadi pemilik/pengusaha
- Permohonan pembiayaan bagi pemilikan tunggal adalah bagi jumlah pembiayaan tidak melebihi RM250,000
- Permohonan pembiayaan perlu dibuat melalui Syarikat Sdn Bhd untuk pembiayaan melebihi RM250,000
- Perniagaan mesti mematuhi garis panduan syariah
Struktur Pembiayaan
2. SKIM PEMBIAYAAN FRANCAISI
Objektif
Skim ini menyediakan pembiayaan kepada francaisi-francaisi Bumiputera untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
Kriteria Syarikat
- Berumur 21 tahun ke atas
- Keutamaan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima Diploma
- Usahawan menjadi pemilik/pengusaha
- Francaisor/Francaisi Induk berdaftar dengan
- Pendaftar Francais 100% ekuiti milik Bumiputera
- Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk
- Permohonan pembiayaan perlu dibuat melalui Syarikat Sdn Bhd untuk pembiayaan melebihi RM250,000
- Permohonan pembiayaan bagi pemilikan tunggal adalah bagi jumlah pembiayaan tidak melebihi RM250,000
- Perniagaan mesti mematuhi garis panduan syariah
Struktur Pembiayaan
PROGRAM FRANCAISI
1. Skim Francais Eksekutif
Objektif
Menggalakkan lebih ramai Bumiputera yang berkhidmat dalam sektor awam dan swasta melibatkan diri dalam perniagaan francais
Tumpuan akan diberikan kepada mereka yang berhasrat untuk berhenti kerja melalui skim pemberhentian sukarela (VSS) atau bersara awal
Kriteria Syarikat
- Berumur 25 tahun ke atas
- Keutamaan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima Diploma
- Francaisor/Francaisi Induk berdaftar dengan Pendaftar Francais
- 100% ekuiti milik Bumiputera
- Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk
- Usahawan menjadi pemilik/pengusaha
- Permohonan pembiayaan bagi pemilikan tunggal adalah bagi jumlah pembiayaan tidak melebihi RM250,000
- Permohonan pembiayaan perlu dibuat melalui Syarikat Sdn Bhd untuk pembiayaan melebihi RM250,000
- Perniagaan mesti mematuhi garis panduan syariah Struktur Pembiayaan
2. Skim Pembiayaan Francaisi
Objektif
Skim ini menyediakan pembiayaan kepada francaisi-francaisi Bumiputera untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
Kriteria Syarikat
- Berumur 21 tahun ke atas
- Keutamaan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima Diploma
- Usahawan menjadi pemilik/pengusaha Francaisor/Francaisi Induk berdaftar dengan Pendaftar Francais
- 100% ekuiti milik Bumiputera
- Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk
- Permohonan pembiayaan perlu dibuat melalui Syarikat Sdn Bhd untuk pembiayaan melebihi RM250,000
- Permohonan pembiayaan bagi pemilikan tunggal adalah bagi jumlah pembiayaan tidak melebihi RM250,000
- Perniagaan mesti mematuhi garis panduan syariah
TRANSFORMASI PERNIAGAAN
Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab di dalam pembangunan industri francais negara, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan mengenalpasti, mewujud dan membangunkan perusahaan kecil atau perniagaan runcit yang membawa jenama kontemporari dan dipercayai, mempunyai produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan menggunakan pendekatan pemasaran moden, kos pembangunan yang rendah serta teknologi baru/ terkini.
Pelaksanaan Pemodenan Peruncitan melalui R.E.K.A :
R realignment (penyelarasan)
E expansion (pengembangan)
K knowledge (pengetahuan)
A adaptation (adaptasi)
R.E.K.A-
Objektif R.E.K.A adalah untuk menggalakkan usahawan bagi menyelaras
konsep perniagaan dan menggalakkan pengembangan perniagaan mereka
melalui sistem francais dengan perkongsian pengalaman daripada
francaisor, perunding, francaisi dan agensi berkaitan seperti Perbadanan
Nasional Berhad (PNS), Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK). Akhirnya, kesemua pengetahuan dan pengalaman tersebut
diadaptasikan untuk melahirkan konsep pemodenan peruncitan melalui
sistem francais.
Program B.I.T adalah satu program transformasi perniagaan untuk para usahawan kecil menjadi lebih kompetetif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan agar dapat menjana lebih keuntungan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih efektif. Program ini juga melatih para usahawan agar mampu berdaya saing di pasaran dan seterusnya perniagaan tersebut dibangunkan ke arah francais.
Kriteria Peserta Program
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
- Perniagaan berasaskan Syariah Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Sekurang-kurangnya 2 tahun beroperasi Pemilik tidak diisytiharkan muflis dan bebas dari tindakan undang-undang
- Berupaya mengadaptasikan konsep R.E.K.A
- Menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PNS Academy
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 outlet/ kiosk/gerai/ejen
- Perniagaan terbukti menguntungkan dan berdaya maju
- Mempunyai minat untuk mengembangkan perniagaan Jenama perniagaan dikenali di kawasan setempat
- Mempunyai sistem rantaian sokongan bermula dari – pengeluaran – pengagihan – logistik – bisnes bergerak/ kiosk tetap
Kelebihan Menyertai Program B.I.T
- Membantu mengubah perniagaan kepada konsep yang lebih moden
- Membolehkan usahawan kecil menjadi lebih berdaya saing
- Membolehkan usahawan kecil menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui model perniagaan yang lebih cekap
- Membolehkan usahawan untuk mengembangkan perniagaan dengan menawarkan peluang kepada orang lain
Kemudahan Pembiayaan Di Bawah Program B.I.T
Pra -Francaisi
- Saiz pembiayaan sehingga RM25,000
- Margin pembiayaan sehingga 90%
- Caj keuntungan pada kadar 3%
- Yuran perkhidmatan : RM50
- Jenis pembiayaan : Tawarruq
- Jangkamasa pembiayaan : Sehingga 5 tahun (Kutipan pembayaran balik ke PNS akan dilakukan oleh pihak Lisensor)
Pra-Francaisor
- Saiz pembiayaan sehingga RM500,000
- Margin pembiayaan sehingga 90%
- Caj keuntungan pada kadar 3.5%
- Yuran perkhidmatan : minimum RM50 atau 1 % dari jumlah pembiayaan yang mana lebih tinggi Jenis pembiayaan : Tawarruq
- Jangkamasa pembiayaan : Sehingga 5 tahun