Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary
Usahawan, Pengerusi Yayasan Al-Bukhary
Alamat
|
:
|
88, Jalan Perdana, Taman
Tasik Perdana 50480
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
|
Tel
|
:
|
03-2092 7260
|
Faks
|
:
|
03-2273 1792
|
Laman Web
|
:
|
|
Latar
belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaubagaimanapun, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaubagaimanapun, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila
beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa
saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah
empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke
kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke
tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras.Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di
Jalan Telok Wan Jah dibawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan
Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen
perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai
Bernas। Tuah
ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak
bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam
Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi. Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walaubagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000). Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban।
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan
penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada
kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti
keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary
hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah
membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks
al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir
tahun 2004।
Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak
yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu. Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.
Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu. Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.
Sumber Rujukan : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546
Datuk Dr. Maznah Binti Hamid
Pengarah Urusan Securiforce Sdn. Bhd
Pengarah Urusan Securiforce Sdn. Bhd
Alamat
|
:
|
55, Udarama Complek
Jalan 2/64A
Off jalan Ipoh
51200 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
|
Tel
|
:
|
03-40420266
|
Faks
|
:
|
03-4041158
|
E-mel
|
:
|
|
Laman Web
|
:
|
Latar belakang kehidupan
DatukWira Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia. Datuk Maznah Abdul Hamid atau gelaran penuh beliau Datuk Hajah Maznah binti Abdul Hamid telah di lahirkan di Jerlun,Kedah Darul Aman pada 18/4/1955. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di Alor Setar,Kedah dan seterusnya mendapat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi antaranya di Singapura di mana beliau meneruskan pengajian dalam bidang “Business School for Investors.Selain daripada itu,beliau juga mendalami ilmu keusahawanan dengan mengikuti pengajian “Business School for Entrepreneurs” dan “Industrial Security” di United State of America.
Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin
utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”. Beliau telah menubuhkan dan menerajui syarikatnya daripada entiti yang tidak diketahui 30 tahun yang lalu dan kini ia menjadi syarikat kawalan keselamatan terbesar di Malaysia. Bermula daripada sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan dan cuma bermodalkan RM5000, Securiforce telah berkembang kepada perkhidmatan kargo, pengangkutan kargo, pembekalan sistem CCTV, central monitoring, sistem kawalan
kebakaran dan pelbagai peralatan elektronik.
Berlatar belakang ijazah perakaunan,
wanita besi ini memulakan kerjaya sebagai guru tusyen. Mengajar tusyen Bahasa
Inggeris kepada anak-anak pegawai kedutaan asing dan ahli-ahli korporat asing
di KL. Beliau melihat sendiri kemewahan dan kekayaan mereka. Rupa-rupanya dia
tidak melihat sahaja tetapi jauh di sudut hatinya ada api yang membakar.
Tercabar dengan kata-kata salah
seorang dari mereka, "Kamu tidak akan mampu mendapat kekayaan seperti saya jika hanya bekerja makan gaji!". Saat itu hatinya terbakar marak. Sesuatu mesti dilakukan. "Aku mesti 're-form diriku!". Maka hasrat itu dinyatakan kepada suaminya. Terkejut besar si suami bila mendengar bisnes yang ingin diceburi oleh isteri tercinta. "Saya nak mulakan bisnes 'SECURITYGUARD'.". Bagaimana mungkin seorang wanita mahu menceburkan diri dalam
bisnes yang sangat mustahil untuk seorang wanita ketika itu. Lagipun belum ada orang yang berani memulakan bisnes yang penuh risiko itu.
Melebarkan Sayap Perniagaan Dalam Bidang
Keselamatan
Datuk Dr Maznah kini mengepalai
hampir 60 buah cawangan, mengetuai hampir 5,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain.
Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori
konsep ‘total security’.
Bagi
menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan
sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics. Securiforce Logistics memiliki cawangan
di Singapura, Bangkok, China,
Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk
Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa
sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh
pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau
ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.
Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan
perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.
Selain menjadi usahawan yang berjaya dan disegani, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi. Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar yang diberikan. Beliau juga telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. Buku terbaru beliau MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN (3K) versi Mandarin sedang berada di pasaran.
Selain menjadi usahawan yang berjaya dan disegani, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi. Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar yang diberikan. Beliau juga telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. Buku terbaru beliau MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN (3K) versi Mandarin sedang berada di pasaran.
Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko.Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.
Sumber Rujukan :
http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=65
http://kisahjutawan.blogspot.com/2008/10/jutawan-wanita-datuk-maznah-hamidwanita.html https://www.facebook.com/maznahhamid?sk=wall
Pengarah Urusan Sani United Sdn. Bhd
Alamat
|
:
|
Wisma Dato' Sani
No 12. & 14
Jalan Klang Sentral 3/KU5
Klang Sentral, Bukit Raja Selangor, 41050
Meru Klang
|
Tel
|
:
|
03-3342 4011
|
Faks
|
:
|
03-3342 4013
|
E-mel
|
:
|
info@saniunited.com.my
|
Laman Web
|
:
|
Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT. “Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.
Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd
(SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di
sana-sini namanya sering menjadi sebutan.Namanya harum kerana bas
berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah
mendengar nama Sani Express.Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan
dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.
Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi
Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya
hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau
memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke
tahap lebih baik. “Biasalah… dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan,
jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar
sampai bila saya harus begitu.Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan
dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak
menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang
itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral,
Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn
Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.
Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak
nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak,
Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya
berjaya dalam perniagaan.Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din
(Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah
bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu
terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.
“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh
merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang
pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan
Yusof.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan
berniaga sendiri.Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki
kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan
seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang
sememangnya menjadi minatnya.
“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan
keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang
ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan”.
“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan
tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas
ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala
Terengganu,” menurutnya lagi.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai
cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga
terpaksa tidur di pejabat.Pada
2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan
itu.“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama
kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting
seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.Beliau terpaksa
berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk
kepada sesiapa.
“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,”.
Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan
menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan
untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan
hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi
kewangan.beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat,
tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya
dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?Apapun pada Januari
2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan
perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya
semakin pesat berkembang,”.
Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam
tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada
seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada
pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli
dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Wisma
tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba
lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama,
pusat latihan dan surau.Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket
Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera
litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya
yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja. “Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang
berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya
belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah
gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan
iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih
belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh
kendalikan perniagaan dengan baik,”.
Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan
kepadanya.Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus
kepada perniagaan.
“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah
bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas
ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor
kejayaannya.”Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi
saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika
menguruskan Sani Express.
“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat
ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi
syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.
“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Doa
juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim
Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu
ingat kepada orang yang pernah membantu kita,”
Sumber Rujukan :
Dato' Aliff Syukri Kamarzaman
Pengarah Urusan DHerbs Holding (M) Sdn Bhd
Alamat
|
:
|
No 2A-1, Jalan Pekaka 8 1/D,
PJU 5 Prestij kota Damansara
47810, Petaling Jaya
Selangor |
Tel
|
:
|
011- 999 0606
|
Faks
|
:
|
03-6144 6767
|
E-mel
|
:
|
|
Laman Web
|
:
|
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang
dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang.
Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan
Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah
Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok
Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau
menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam
sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.
D'Herbs Holdings (M) (dahulu D'Herbs
Healthy Marketing) ditubuhkan pada September 2010 dimana kami hanya
beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan
mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman
Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini Kami mengorak
langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian
produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan
perjalanan syarikat.
Bermula dengan hanya beroperasi di
tingkat 2 kami telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua
lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan
niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin
mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan
Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota
Damansara dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik
yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami
sehingga ke seluruh dunia.
Menggunakan tagline ‘Terlajak Laris’ sebagai salah satu strategi
pemasaran, beliau memang boleh dianggap benar-benar berjaya. Tagline
yang mudah dan ringkas itu seakan-akan menjadi satu fenomena yang kini
meniti di bibir segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia.
Siapakah gerangan pencetus fenomena itu? Beliau ialah jutawan muda,
Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman. Anak ketiga kepada pengasas Sendayu
Tinggi itu mengakui menerajui perniagaan yang didominasi wanita bukan
satu perjalanan mudah. Masalah dari segi modal dan kesukaran mencari
kepercayaan daripada orang lain kadangkala melemahkan semangat beliau.
Namun, mengingatkan asal-usul dan kesusahan yang dihadapi sejak kecil,
menjadikan beliau untuk terus kuat berniaga. Kesusahan itu menjadikan
beliau mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengalaman itu beliau
jadikan didikan untuk menerajui syarikatnya kini.
Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi.
Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil
yang lumayan kini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan
beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak
berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak
Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan
sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen.
Melihatkan di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan
jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok
tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah.
Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk
mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan
untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara
10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan
lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke
peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan
juga tudung serta barangan kosmetik. Habis zaman persekolahan, beliau
mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual
jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.
Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk
pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana
pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi
titik permulaan untuk beliau serius berniaga. Baginya, malu itu perkara
kedua. Prinsipnya mudah, bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha
dan kesungguhan paling penting. Selepas berhempas pulas berniaga dari
rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula
menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya
membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung
minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di
tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam
minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual
produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang
dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui
bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000
sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau
mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau
mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri.
Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan
produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun
selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs
Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di
Malaysia.
Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja
dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan
promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu
dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya
di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu
milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada
September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat
dua dengan hanya seorang pekerja sahaja. Namun kini, syarikat itu sudah
berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 15 orang pekerja
serta telah menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru. Malah,
produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs
Manufacturing Sdn Bhd.
Menggunakan selebriti terkenal seperti Bienda dan Watie Elite sebagai
jurucakap produknya, menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan
bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan juga Brunei. Istimewanya
lagi mengenai produk beliau adalah bahan-bahannya 100 peratus berasaskan
herba dan juga murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran.
Produk D’ Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 di setiap
lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai
jamu, dan pusat jualan D’ Herbs sendiri.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mempunyai misi yang jelas
dalam hidupnya. Menjadikan empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras,
beliau berharap dapat mengembangkan jenama D’ Herbs sebagai satu jenama
global. Di samping itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan
500 jenis produk lagi pada masa akan datang bagi memberi lebih pilihan
kepada para pengguna.
Perkembangan Tahun 2012-2014
Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi
produk D’Herbs di mana kami telah bernaung di bawah Label syarikat
Sendirian Berhad dan kami telah mengembangkan perniagaan kami dengan
berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan
selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis
dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih
meluas dan berkembang maju.
Kami juga telah membuka beberapa anak
syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual
produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan
Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan
akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh
Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan
daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.
D’Herbs juga telah membuka sebuah
syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana
syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan
dan kami juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat
untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.Menyediakan kemudahan
dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk
termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan
kepuasan pelanggan.
Sumber Rujukan:
http://www.deherbs.com.my/
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-jutawan-produk-terlajak-laris.html
Sumber Rujukan:
http://www.deherbs.com.my/
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-jutawan-produk-terlajak-laris.html